Slide Show : Proton City

Video : Penanaman Sayur

Tuesday, March 8, 2011

KEMAHIRAN HIDUP

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) mula diperkenalkan sejak tahun 1989 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi menggantikan Sistem Pendidikan Komprehensif melalui mata pelajaran yang berasaskan pravokasional. Mata pelajran KHB adalah berunsurkan teknologi dan ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata Pelajaran KHB ini dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif seterusnya dapat menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan dan industri selain untuk tujuan melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan.

Sukatan Pelajaran KHB telah melalui perubahan penstrukturan semula sukatannya pada tahun 2000 dan dilaksanakan pada tahun 2002 dengan mengekalkan matlamat terdahulu dan kebanyakan objektif mata pelajaran dikekalkan pelajarannya . Ini bagi memantapkan lagi kurikulum KHB dengan membuat penambahan dan pengguguran tajuk-tajuk yang perlu untuk tujuan memperbaiki lagi kurikulum agar lebih sesuai dengan kehendak pasaran dan perubahan pesat teknologi masa kini untuk kehidupan harian.

Organisasi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid. Bahagian Pilihan mengandungi empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Pertanian dan Perdagangan dan Keushawanan yang perlu murid memilih salah satu daripadanya dan pilihan murid kekal dari Tingkatan I hingga Tingkatan III.



(Sumber : TAHAP PENERIMAAN MURID TERHADAP MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PILIHAN EKONOMI RUMAHTANGGA oleh DALILAH MOHD RUBI)

No comments: