Slide Show : Proton City

Video : Penanaman Sayur

Monday, March 14, 2011

COMMUNITY GARDEN DESIGN 3,....^_^

Kebun sayur dan herba

Design 3 (BASIRAH BT MOHD MOKHAR, D20072031018), ini merupakan kebun sayuran dan herba yang ditanam oleh penduduk setempat secara bergotong royong bersama-sama.

Penduduk di Proton City akan menubuhkan sebuah community cervices yang merangcang perjalanan community garden ini seperti jadual penjagaan pokok, penanaman ank benih, dan penuaian hasil. Kesemua proses ini dijalankan sendiri oleh penduduk setempat termasuklah anak-anak mereka.

Petak-petak kecil ini digunakan kerana mudah dikendalikan oleh kanak-kanak yang baru belajar untuk berkebun. Ia lebih praktikal dan tidak memerlukan masa yang lebih untuk menumpukan kepada kebun tersebut sekiranya di bina terlalu besar.

Ini merupakan aktiviti sampingan bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat di Proton City yang masing-masing mempunyai komitmen tersendiri. Dengan berkebun bersama-sama, sebuah keluarga besar boleh dibina,.....^_^

2 comments:

Unknown said...

bgsnya..dgn cr nie bdk2 akan lbh cpt belajar..^_^ go..go..green our earth..(",)

sirah said...

ya betol tu mizz noni,...go go....power rangers,..haha,...^_^