Slide Show : Proton City

Video : Penanaman Sayur

Saturday, March 26, 2011

Community Garden at Proton City

Assalamualaikum n very good day to all of you.. !!

Ini adalah merupakan hasil kerja yang telah dihasilkan untuk memenuhi tuntutan kursus ini iaitu SHV4172. Tugasan yang diberikan untuk tuntutan kursus ini ialah cetusan dan penjanaan idea dalam menghasilkan sustainable project untukkawasan Proton City. Hasil cetusan idea untuk membangunkan projek di Proton City ini haruslah diaplikasikan berkaitan dengan matapelajaran Kemahiran Hidup. Disini topik perkebunan telah dipilih sebagai guideline untuk menghasilkan cetusan idea bagi membangunkan projek di Proton City.

Community garden telah dipilih sebagai konsep untuk membangunkan sustainable project untuk Proton City ini. Selain itu juga community garden ini diwujudkan adalah untuk mengubah persepsi masa kini bahawa masyarakat kini sudah kurang prihatin sesama komuniti tambahan pula di kawasan elit seperti Proton city.

Disini terdapat 3 design yang telah dihasilkan melalui cetusan serta penjanaan idea yang tidak seberapa ini.=)

Design 1

Tercetusnya inspirasi untuk membuat design ini adalah berdasarkan research2 yang telah dibuat berkaitan dengan community garden. Design 1 ini agak simple tetapi diharap msg yang ingin disampaikan tercapai la ye. Design ini merupakan satu contoh idea yang ingin disumbangkan pada projek ini iaitu Proton City community centre. Pada design ini terdapat petak-petak batas yang dijadikan sebagai kebun sayuran. Kebun yang telah diwujudkan itu adalah hasil daripada kerjasama penduduk setempat. Pelbagai maklumat juga boleh diperolehi di sini, melalui papan-papan maklumat berkaitan dengan penanaman sayuran serta pelbagai lagi maklumat berkaitan perkebunan. Konsep community garden yang telah diwujudkan ini memberi peluang kepada komuniti setempat serta kanak-kanak untuk belajar berkaitan dengan sayuran-sayuran dan tanaman. Selain itu, taman Proton City ini dijadikan juga sebagai tempat untuk bersantai sesama ahli keluarga atau komuniti setempat . Selain itu, hubungan baik sesama komuniti setempat juga dapat diwujudkan.



Design 2

Konsep serta inspirasi yang sama dengan design 1, tetapi pada design 2 ini diwujudkan sebuah garden complex. Iaitu sebuah bangunan yang dijadikan seperti sebuah kompleks yang memuatkan pasaraya serta café. Selain itu juga konsep kebun dalam bangunan juga diwujudkan. Kiranya, sebuah kebun telah diwujudkan dibahagian atas bangunan tersebut. Penjagaan tanaman adalah dibawah tanggungjawab kamuniti setempat. Selain itu juga pengurusan operasi kompleks ini juga diuruskan oleh komuniti setempat. Berdasarkan pada design2 ini terdapat juga taman bunga telah diwujudkan. Penjagaan taman bunga ini juga diuruskan oleh komuniti setempat proton city ini. Melalui idea yang telah dikeluarkan ini, komuniti setempat dapat mewujudkan satu hubungan yang baik sesama jiran tetangga. Penduduk setempat juga boleh beriadah bersama-sama keluarga serta melakukan aktiviti yang sihat serta berfaedah di sini.


Design 3

Design 3 ini juga sama konsepnya seperti design1 dan design 2. Ia masih bertemakan community garden. Ia juga mempunyai tujuan yang sama seperti design sebelum ini. =)



Ketiga-tiga design di atas merupakan idea-idea yg telah dicetuskan. Setiap design ini mempunyai kerasioanalannya tersendiri. Setiap design yang telah dibuat tidak mustahil untuk menjadikannya realiti. Ini kerana ia merupakan projek yang agak mudah untuk direalisasikan. Semoga dengan adanya idea design-design yang telah dicetuskan dalam blog ini dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin atau bercadang untuk mewujudkan community garden ini.


NUR IRYANI BT JAMALUDIN (D20072031067)

No comments: